Monday, May 25, 2009

SELEPAS SETAHUN...

United akhirnya mengakhiri 38 perlawanan liga dengan noktah kemenangan ke atas Hull City berbekalkan beberapa pemain muda. Antaranya De Laet, Macheda, Wellbeck, Eckersley, Martin, Nani( muda lagi kot), Gibson ( gol jarak jauh yang agak menarik malam tadi), Tosic ( baru main 2 kali season ni tu pon jadi sub je), dan ade lagi tapi aku x ingat. ternyata janji Fergie (bukannya Fergie black eyed peas k) untuk menurunkan barisan yang mampu menterjemahkan kemenangan telah terbukti.
Tahun lepas, United memenangi liga dengan hanya dipisahkan satu mata dengan Chelsea tapi tahun ni ternyata lebih mantap dengan pembelian Dimitar Berbatov yang boleh dikatakan agak membantu jentera serangan walaupun kadang2 sesetengah peminat mengatakan Berba agak pemalas tapi dari segi skill dan mutu passing kepada teammate dia berada dalam kelasnya yang tersendiri.
dan selepas setahun seorang figure ASIA di Manchester United FC, Park Ji Sung akan membuktikan bahawa saat yang paling memilukan dalam hidupnya sebagai seorang pemain bola sepak saat digugurkan dari senarai 18 pemain di Moscow akan digantikan dengan persembahan penuh bertenaga andai diturunkan di ROME nanti.
dan pastinya aksi yang penuh bermutu dan corak menyerang yang menarik akan dipersembahkan di malam Final uefa champions league 2008/09.

No comments:

Post a Comment