Friday, June 12, 2009

mane lagi bersih?





"Seorang ulamak sedang berada di dalam
sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.
Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk
berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam
kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa
membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Semasa beliau mengangkat salah satu dari
kakinya ke tangki (washing basin), seorang
pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu
dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan
tidak boleh memasukkan kaki kedalam tangki tu,
sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah
diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari
dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh...)
Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya
mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti
kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Thursday, June 11, 2009

Kerajaan Perpaduan dan Sister In Islam..

"Selepas daripada muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini, dua isu iaitu Kerajaan Perpaduan Idea Dato Seri Presiden Tuan Guru Abd Hadi Awang dan usul mengharamkan menyiasat Sister in Islam telah dimainkan oleh media.Isu ini turut disentuh oleh rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan yang terbaru, Karpal meminta PAS mengkaji kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat disebabkan dua isu tersebut.
  1. Isu Kerajaan Perpaduan
    Isu kerajaan Perpaduan kembali dihangatkan walaupun Presiden telah menarik balik cadangan dan idea ini. Apa yang paling menyedihkan Dato Seri Presiden di jadikan “punching bag” di dalam isu ini. Semua parti komponen PR menyerang Presiden secara terbuka.
    Di mana kah semua pimpinan-pimpinan lain yang sebelum ini vokal bersuara dalam media tanpa disuruh dan yang begitu vokal memarakkan isu kerajaan perpaduan di dalam muktamar baru-baru ini?
    Isu Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya timbul kerana ia bukan pun keputusan ataupun agenda PAS selepas muktamar. Malah di dalam ucapan dasar presiden sedikit pun tidak menyentuh soal kerajaan perpaduan melainkan perwakilan yang membangkitkan isu ini. Malah tidak ada sebarang usul pun berkenaan dengan perkara ini.
    Sekiranya isu ini tidak dipanaskan di dalam muktamar oleh individu-individu tertentu, isu ini tidak berbangkit lagi. Lagipun Presiden telah menarik semula cadangan tersebut.
  2. Isu Sister in Islam
    Isu Sister in Islam pula cuba dimanipulasi oleh DAP sedangkan ia tidak kena mengena pun dengan orang bukan Islam. Sehingga hari ini, paling kurang 3 orang pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan tidak setuju dengan usul yang diluluskan di dalam muktamar PAS baru-baru ini.
    DAP mesti faham, jalan demokrasi yang PAS pilih tidak sekali-kali menghapuskan kewajipan PAS untuk mempertahankan aqidah umat Islam.
    Apakah motif DAP memanaskan isu ini sedangkan ia adalah usul yang diluluskan di dalam Muktamar PAS dan bukannya mesyuarat agung DAP. Malah ia adalah isu yang berkaitan dengan umat Islam dan tidak ada kena mengena pun dengan orang bukan Islam.
    Melainkan DAP adalah dalang disebalik Sister In Islam yang jelas cuba merosakkan Islam dengan menjadikan Islam itu liberal.
    Usul tersebut meminta SIS diharamkan kerana ia mengelirukan dan merosakkan umat Islam. Menggunakan title ‘ISLAM’ tetapi pada masa yang sama menentang banyak perkara yang termaktub di dalam Islam.
    Sekiranya SIS ingin terus wujud, jangan menggunakan nama Islam sebagai make-up untuk berhadapan dengan umat Islam.
    Sudah terlalu banyak dosa yang SIS lakukan kepada Islam. Isu Lina Joy, isu Jeslina Hashim, isu undang-undang keluarga, isu murtad dan majlis perundingan antara agama menunjukkan SIS cuba meliberalkan dan merosakkan agama Islam diatas nama persatuan Islam.
    Selain itu SIS pernah menjemput Aminah Wadud yang menaikkan kemarahan umat Islam apabila menjadi imam solat Jumaat.
    Para pemimpin dan ahli PAS jangan sekali-kali berganjak daripada usul ini. Sekiranya DAP cuba membangkitkan soal kebebasan bersuara ini hak PAS untuk mempertahankan Aqidah Islam. PAS berkewajipan untuk melaksanakan tuntutan ini.

    http://ruslyislam.blogspot.com/ dan http://www.tranungkite.net/v9

Wednesday, June 10, 2009

jerebu ke?


Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.


Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.


Kali ni cerita pasal jerebu pulak pasal mase aku balik rumah abang aku kat pandan indah minggu lepas aku tengok atmosfera kl pelik macam kabus pagi sekeliling bangunan2 pencakar langit..mulanya ingatkan kabus pagi sebab baru pukul 9 tapi rupanya itu lah jerebu..pastu baca paper die tulis kat situ negara kita akan mengalami cuaca panas dan kering sampai september ni... september ni kite raya puasa eh?


Dah masuk bab jerebu ni, aku jujurnya rasa agak 'berjerebu' dengan situasi Kerajaan Perpaduan yang didebatkan sekarang ni..ade sape2 rasa tak berjerebu tak?

Saturday, June 6, 2009

HIKMAH MENCEGAH KEMARAHAN

Menurut sebuah cerita sejarah, bahawa ada seorang khadam yang membawa hidangan makanan kepada tuannya. Dengan tidak sengaja, hidangan itu jatuh atas hamparan yang telah disediakan bersama hidangan itu.
Maka marahlah tuannya, tetapi khadam itu berkata kepadanya:"Cubalah ingat firman Allah s.w.t."
Tuannya bertanya:"Apakah firman Allah itu?"
Jawabnya:" Dan orang-orang yang mencegah kemarahannya."
Mendengar ini tuannya berkata:"Aku cegah kemarahanku."
Kemudian khadam itu berkata lagi:"Dan orang-orang yang memaafkan daripada kesalahan manusia."
Tuannya berkata pula:"Aku maafkan engkau."
Lalu dia berkata:"Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan."
Akhirnya tuan itu berkata:"Engkau sekarang merdeka dan untuk engkau seribu dinar sebagai ihsanku kepada engkau."

Friday, June 5, 2009

AJARI AKU..


jali tengah duk sebelah aku sekarang ni duk ajar aku edit blog..lebih kurang sesi tutor gak ar..nampak macam susah buat blog tapi rupa-rupanya senang(ye ke nasib baik ade orang guide je sebelah kalau x hancur gak)...hehehe...jam sekarang 10.37 malam aku nak balik dah..k saje je aku mengarut ni tangan gatal nak update blog..

Wednesday, June 3, 2009

KAMI DI PSYCHO BUDAK KECIK...

-Ntah betul ke tidak ejaan psycho tu..hehe..
-Kisah menyayat hati ni berlaku di cafe Aikol (bajet2 jadi budak law la konon) makan kat situ dengan adil paliq jenol.
-time tu dekat pukul 4 petang aku bonceng moto si Paliq, Adil dan Jenol lepas lepak kat library masing2 terasa lapor la pulok nak pekena ape2 yang ade kat cafe law tu..
-On the way tu hujan renyai2 kami sampai di cafe nampak pemakan-pemakan dah xde kosong je..yang ade mak cik2 yang jaga cafe..
-Tengok ape makanan yang ade-kopok,cekodok, nasi ayam dua pinggan, nugget sejuk, pastu makanan rebus2 je..Jenol+Adil ambik laksa(ye ke..aku dah lupe),Paliq ambik nasi ayam, aku ambik bihun sup..dapat je bayar pastu makan..
-baru je suap 2 3 sudu tu tiba2 kedengaran suara asing dari luar cafe yang agak meragukan,"cepat la makan abang2 sume kami dah nak balik.." Mak die membalas"tak baik buat macam tu abang-abang tu nak makan".
-Luahan hati tu kedengaran diulang berkali-kali membuatkan kami rase di saiko yang amat..dah la baru je berape suap dah kene saiko..
-Pastu masuk la si pemilik suara tu seorang budak sekolah rendah(tahun berape ni rotan karang!) lalu tepi meja kami menuju ke suis air-cond pastu tanye mak die yang jaga cafe,"mak, air-cond ni nak kene tutup ke?" hish budak ni memang nak kene ar..dah la sup ni panas lagi..begitulah seterusnya budak kecil ni torture kami..
-Maybe budak ni adalah salah satu ujian dari Allah yang tidak kami sedari..tak lama lepas tu kami dapat rezeki mak cik tu bagi semua kuih-kuih yang ade bawa balik..fuih lepas kene azab dapat nikmat tu..

SEDIH AKU X SAMPAI LAGI KE STADIUM NI

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan melantik konsultan bebas bagi menyiasat punca runtuhan bumbung bangunan Sta-dium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam kejadian di Gong Badak, di sini, semalam.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihaknya sedang mengenal pasti konsultan terbabit berdasarkan kepakaran menyiasat kejadian itu. “Selain Jabatan Kerja Raya (JKR), kita akan lantik satu lagi konsultan bebas yang betul-betul boleh di-percayai dari segi kepakaran menyiasat kenapa ini ter-jadi,” katanya kepada pem-berita ketika ditemui di lokasi runtuhan bangunan, semalam. Ditanya berhubung punca runtuhan, Ahmad enggan mengulas dan menyerahkan kepada pakar sambil memaklumkan stadium itu akan ditutup sehingga kerja baik pulih selesai. Berhubung bumbung Bahagian Timur yang rosak teruk dalam runtuhan itu, Ahmad berkata, kontraktor dari Korea bertanggungjawab terhadap pembinaan bumbung berkenaan. “Bumbung bahagian itu lebih tinggi dan besar dengan 200 meter panjang berbanding bahagian sebelah barat yang tidak mengalami sebarang kerosakan. “Pembinaan bumbung kedua-dua bahagian itu mencecah RM38 juta, se-mentara kerugian yang ter-paksa ditanggung untuk kerosakan itu adalah RM25 juta,” katanya. Bagaimanapun, menurut Ahmad, pihaknya akan turut memberi perhatian kepada bumbung bahagian barat bagi memastikan keadaan terkawal. “Kerugian akan ditanggung kontraktor berikutan tempoh kecacatan belum berakhir,” katanya. Runtuhan bumbung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berlaku pada jam 9.30 pagi membabitkan hampir keseluruhan bahagian timur ('East Stand') yang turut menempatkan kawasan tempat duduk golongan diraja dan kenamaan. Kejadian itu turut mengakibatkan 19 orang terperangkap iaitu pekerja di pusat boling dan dua tukang cuci, namun kesemuanya disahkan terselamat serta tidak mengalami kecederaan. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibuka tahun lepas dianggarkan bernilai RM292 juta termasuk kemudahan sekitarnya mampu memuatkan sehingga 50,000 penonton.
sumber: SINAR HARIAN 3 JUN 2009
tapi yang paling bestnya aku yang duk terengganu "pong dok dang lagi" nok gi stadium yang boleh dikatakan baru tu..memang xde rezeki ar stadium tu runtuh sebelum aku sampai..ade sape2 yang pernah sampai situ ke?