Wednesday, June 3, 2009

SEDIH AKU X SAMPAI LAGI KE STADIUM NI

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan melantik konsultan bebas bagi menyiasat punca runtuhan bumbung bangunan Sta-dium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam kejadian di Gong Badak, di sini, semalam.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihaknya sedang mengenal pasti konsultan terbabit berdasarkan kepakaran menyiasat kejadian itu. “Selain Jabatan Kerja Raya (JKR), kita akan lantik satu lagi konsultan bebas yang betul-betul boleh di-percayai dari segi kepakaran menyiasat kenapa ini ter-jadi,” katanya kepada pem-berita ketika ditemui di lokasi runtuhan bangunan, semalam. Ditanya berhubung punca runtuhan, Ahmad enggan mengulas dan menyerahkan kepada pakar sambil memaklumkan stadium itu akan ditutup sehingga kerja baik pulih selesai. Berhubung bumbung Bahagian Timur yang rosak teruk dalam runtuhan itu, Ahmad berkata, kontraktor dari Korea bertanggungjawab terhadap pembinaan bumbung berkenaan. “Bumbung bahagian itu lebih tinggi dan besar dengan 200 meter panjang berbanding bahagian sebelah barat yang tidak mengalami sebarang kerosakan. “Pembinaan bumbung kedua-dua bahagian itu mencecah RM38 juta, se-mentara kerugian yang ter-paksa ditanggung untuk kerosakan itu adalah RM25 juta,” katanya. Bagaimanapun, menurut Ahmad, pihaknya akan turut memberi perhatian kepada bumbung bahagian barat bagi memastikan keadaan terkawal. “Kerugian akan ditanggung kontraktor berikutan tempoh kecacatan belum berakhir,” katanya. Runtuhan bumbung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berlaku pada jam 9.30 pagi membabitkan hampir keseluruhan bahagian timur ('East Stand') yang turut menempatkan kawasan tempat duduk golongan diraja dan kenamaan. Kejadian itu turut mengakibatkan 19 orang terperangkap iaitu pekerja di pusat boling dan dua tukang cuci, namun kesemuanya disahkan terselamat serta tidak mengalami kecederaan. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibuka tahun lepas dianggarkan bernilai RM292 juta termasuk kemudahan sekitarnya mampu memuatkan sehingga 50,000 penonton.
sumber: SINAR HARIAN 3 JUN 2009
tapi yang paling bestnya aku yang duk terengganu "pong dok dang lagi" nok gi stadium yang boleh dikatakan baru tu..memang xde rezeki ar stadium tu runtuh sebelum aku sampai..ade sape2 yang pernah sampai situ ke?

1 comment: