Showing posts with label story aku. Show all posts
Showing posts with label story aku. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

HARI PERTAMA BERORIENTASIKAN GURU, MURID, PAK GUARD, MOK CIK CLEANER, TUKANG KEBUN.



Sekolah Kebangsaan Tapu. 7.27 pagi

Pukul 7.27 pagi aku tiba di sekolah baruku. Terpampang ’ Sekolah Kebangsaan T*pu’ di tepi pintu pagar sekolah...huruf A tercabut. Murid –murid berbondong-bondong berbasikal, dihantar ayah dengan motosikal, jalan kaki ke sekolah. Dalam hati aku fikir sejenak sambil beri signal,”keciknye skoloh ni,biar betik?”

Masuk sekolah, parking moto bawah atap. Murid-murid yang lalu berbisik-bisik sesama sendiri.


”sape or..cekgu baru ke..?”


“dok tau gok”

Eleh ingat orang dok dengor mo’o hehe..bisik macam cakap je.

Aku senyum.


”Assalamualaikum ustak..”


”waalaikumussalam..”

(dua dialog diatas diulang beberapa kali kerana ramai murid-murid yang lalu ketika itu pakat nak bagi salam)

Aku menuju ke Pak Guard. Mula-mula, senyum. Lepas tu, bagi salam.


“ cikgu baru?”


“Lapor diri hari ni.”


“ err…pejabat belah mane?”


“ gi straight, hala ke kanan.”


” terima kasih banyak”


Aku senyum lagi. Aku mempraktikkan petua pensyarah-pensyarah di IPGKDRI, cara-cara membina hubungan dengan warga sekolah peringkat permulaannya.

Datang seorang lelaki berjanggut, berbaju kemeja merah.Namanya err...takdok nametag pulok doh. Takpe,senyum tapir dulu..


“Awok cikgu baru yang jabatan hantar ke?”


”emm..dok. saye cikgu j-Qaf lapor diri hari ni di skoloh ni.”


”ooo..saye ingatkan cikgu tu..doh awok asal mane?”


”Orang sining je, kg Tajin”


”ooo...doh molek ah..awok kenal dok orang Tajin, orang panggil die Raning, ngajar di Johor lening.Rumah dalam kapung dekat dengan sejid”


”ooo..kenal ar..”


”Saye rajin gi rumah die..doh dakpe ah kekgi guru besar sapa gi jupe die”


Kebetulan, guru besar dan pk 1 sampai di sekolah berdua satu kereta. ”Yang bawak kete tu pk, yang sorang lagi guru besar”

Lelaki itu meninggalkan aku . Dia menuju ke arah murid-murid. Kelihatan mengawal suasana.

Aku ke pejabat sekolah. Masuk, bertembung dengan seorang lelaki berkemeja putih.


”Assalamualaikum. Saya nak melapor diri sebagai guru dalam latihan j-QAF di skoloh ni.”


”Waalaikumussalam.haa..masuk-masuk. Ikut saya, tulis dalam buku rekod ni, nama, tarikh .lapor diri, alamat.”


”Lepas tu, masuk ke bilik saya, depan tu.”


Selesai menconteng dalam buku rekod sekolah, baru aku perasan, ceh ramai lagi cikgu kat belakang aku ni nak menulis. Aku senyum kambing je..i’m sorry (amir raja lawak) ..


”Assalamualaikum cikgu.”


”Haaa..masuk.”


”cikgu...errr....”


”Cikgu Mustapah,panggil cikgu pa dakpe.”


” saye nak bagi surat lapor diri..”


”ok..jadi awak ni dalam latihan la..lame mane tu.. ”


” Setahun setengah.Maknanya pertengahan tahun depan abih la”


”ooo..ok-ok, doh gi la jupe guru besar die ade di kantin nung..”


”Terima kasih cikgu”


Keluar dari bilik pk 1, aku senyum ke cikgu-cikgu yang ada di dalam bilik guru. Melangkah keluar, rupa-rupanya ada perhimpunan 10 minit sebelum masuk ke kelas di dataran perhimpunan. Cikgu berkemeja merah tadi sedang memberi taklimat..selesai taklimat beliau memperkenalkan aku kepada murid-murid..


” Hari ni kite bulih cikgu baru..seorang ustaz. Ustaz Riduan.” murid-murid bersorak, bertepuk, muka terkejut pun ada.


”Ok, ustaz baru kite baca doa..”


Erk..tugas pertama di sekolah baru.


”Aminnn...”


Murid-murid bersurai, aku ke kantin. Jumpa guru besar, muka garang. Order air tea o je,dah makan pagi tadi kat rumah.

Guru besar sedang membelek-belek surat khabar..

Aku duduk betul-betul depan guru besar.


” Assalamualaikum cikgu, saya cikgu baru, j-Qaf pelatih baru masuk hari ni. Tadi dah jupe pk 1. Surat ade dengan die”


”ooo...awak nak tau dok, skoloh ni lame doh takdok ustaz. Hok lain ustazah belake.”


Padan la murid-murid macam terkejut je tadi..bla,bla,bla sembang dengan guru besar. Point paling penting,


”awak kalau betul-betul nak belajar dan berlatih di skoloh ni, bulih pilih ade dua kumpulan guru. Antara malas dengan rajin. Ikut awak la..dan ilmu pengajaran sangat penting, cedok dengan cikgu-cikgu kite.”


Ok cikgu, banyak juga azimat, pesanan, lontaran idea, isu semasa yang dibincangkan dengan guru besar.


”dan (ade lagi), cikgu kite ade 16 orang je”


”haaa????(mulut nganga masuk lalat)


Sekolah Kebangsaan Tapu ( baru kenal 2 orang cikgu)

Dua orang makcik cleaner lalu. Aku senyum. Mereka pun senyum.


”ustaz baru?” dalam hati aku, tepat sekali, sebab ketika tu pakai songkok.


”ye, j-Qaf..”


”ooo..orang kg Tapu ade sorang..”


”ye ah..die kene di Kuala Ping”


Jalan ke bilik guru sambil bersembang dengan mok cik cleaner. Aku berkenalan dengan ustazah j-Qaf, ustazah Suraya. Bincang berkenaan nak masuk ke kelas mana, apa yang perlu di buat minggu ni untuk j-qaf. Diselang-selikan dengan taaruf.


”saye baru bulan 8 tahun lepah masuk ke skoloh ni. Ganti tempat ustazah j-Qaf pindah ikut suami die ke Sarawak. Dulu saye di Kemaman”


”doh ustazah dapat di s.k. Tapu ni tukar ikut suami ar..”


”dok eh, saye mane kawen lagi.” tet. Aku salah faham, biasa kan orang tukar ikut suami, ni tukar sesuka hati.


” saye orang kg Tanjung aur, depan tu je..”


”ooooo..patut la. Dekat dengan kampung die.”


”Jom ikut saye ke bilik j-QAF.”


Masuk ke bilik j-qaf, ok, kemas. Tapi masuk kejap je, tadi cikgu Pa suruh ganti ustazah Siti Zaleha. Masuk ke kelas Tahun 3 a. Kelas di setiap tahun ade satu je. Semua kelas dari tahun 1 sampai tahun 6 ade 6 kelas je. Murid keseluruhan berjumlah 126..


”assalamualaikum..”


”weh ustak ade depan tu, duk molek.”


Murid-murid yang tadinya ada yang bertenggek atas kerusi, asyik mewarna, cubit kawan, main tarik upih, kembali ke kerusi masing-masing


Sesi perkenalan bermula, skill ice breaking main teka teki nama ustaz, umur berapa, asal dari mana dan soalan-soalan penuh jujur dari murid-murid amat menarik perhatian.

Sampaikan ada yang memanggil, ”ustaz Amirul!”


”Ustaz Amirul tu dalam tv je, ni ustaz diluar tv, ustaz Riduan.haaa..”


Murid-murid gelak.

Aku buat taaruf sampai la teacher Fadilah sampai di muka pintu kelas. Opss masa dah tamat. Aku keluar. Lalu depan kelas tahun 2 dan tahun 1, kedengaran suara-suara memanggil,” ustak, masuk kelas saye la ustak..”


Menurut cikgu Jamil (guru besar), murid-murid tak biasa dengan ustaz di sekolah. Sampaikan ada yang panggil, ” ustazah, masuk la kelas saye!”

Aduh, ni tahap gaban tak pernah dapat ustaz sampai tersalah..haha..


Sepanjang perjalanan melangkah ke bilik j-QAF, ”assalamualaikum ustak” ataupun ”assalamualaikum ustazah, err..”

Terlalu banyak yang mahu diceritakan disini, tetapi satu watak yang menarik perhatian ialah Amir, tahun 6. Azan, sedap, lancar, mantop.


err..gambar mesin taip kat atas tu aku ambik di bilik kerani sekolah.


bersambung lagi..



IBARAT SIRIH PULANG KE GANGGANG…

DEWAN SULAIMAN, SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 1, KUALA TERENGGANU. 9.35 PAGI

Saat namaku dipanggil oleh pengerusi majlis, aku rasa di awang-awangan ketika melangkah penuh semangat menuju ke arah encik.............(xtau!), orang yang bertanggungjawab untuk penempatan sekolah dari jabatan pelajaran negeri Terengganu.

Aku bersalaman dengan beliau, senyuman diukir.


”Dari mana?”


”Kuala Berang..”


”Oooo..tahniah”


”terima kasih.”


Aku kembali ke kerusi. Kupandang rakan-rakan seperjuangan. Wajah mereka kelihatan seolah-olah bertanya,


”mung bulih mane?”


Sampul surat dibuka.

Tertulis ” Sekolah Kebangsaan Tapu, Mukim Tanggol, Kuala Berang”

Aku menarik nafas panjang sambil dilafaz alhamdulillah. Lalu aku memandang ustaz Wan Fauzi, pegawai j-QAF Terengganu.


”ish, ustaz ni wak debor ke orang je” Aku bermonolog dalaman.


Hampir 3 minggu Ustaz Wan Fauzi membuatkan kami, guru pelatih j-QAF tak cukup tidur, memikirkan persoalan utama – di sekolah mana kami akan di postingkan? Ada yang asyik menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, ada yang muka monyok je selama 3 minggu. Hahaha..


Rahimi, ” mung bulih mane duang?


Abang Ridhuan Mahmud, ”mane?”


Ramai lagi bertanya,” wane boh?”


” s.k. Tapu Kuala Berang”


”Woh sedap sangat mung bulih dekat rumah!”


”Ade la dekat 18 kilometer”


Si Ridzuan Harun, orang kg Tapu datang kearahku. Terus aku tersengih kearahnya. ”Ambe bulih S.K. Tapu kampung deme hehe..”


”Doh ustaz kite bulih mane pulok?”


”Ambe skoloh Kuala Ping”


”Fuh boleh tahan jauh, on the way nok gi Tasik Kenyir doh tu..”


Tiba-tiba kedengaran suara pengerusi majlis mengarahkan semua guru pelatih berkumpul mengikut daerah.

Muka- muka yang seolah-olah dikenali. Oh ada ex-uia disitu, budok BAR (kursus Bahasa Arab di uia). Dan ex-Smaasza, abang Asri.


Mendengar penerangan dari Tuan pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu yang agak panjang lebar. Sambil beliau memastikan kami mengenal lokasi sekolah agar tidak tersesat. Sebahagian besar asal dari Kuala Terengganu.


Selesai penerangan, aku dan Rahimi ke kantin Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 untuk santapan diraja....erk.hehe...tengah duk bubuh lauk tu, aku nampak susuk si piah, ex-irk uia.


”aik, bulih j-qaf jugok ke?”


”ho..aku bulih di Kemaman..doh mung bulih mane?”


”Aku bulih Kuala Berang.”


”Woh sedak ah mung bulih dekat rumoh, aku gok kena jauh. Kena cari rumah sewa lagi.”


”Dakpe ah mane-mane pong..asalkan dalam negeri kira lega doh tu..” Datang budok Bar uia.


” awok uia dulu kan..”


”a’ah..bukan ke kita kene daerah sama tadi..”


”habih la, skoloh lubuk periuk..ceruk mane tu hehe..”

bersambung...

Tuesday, April 27, 2010

TAK TAU NAK TULIS APE BOSAN DUK RUMAH SORANG-SORANG

1-Hidup di rumbuj ini ibarat dunia yang sementara.manusia yang keluar masuk diumpamakan pelakon teater yang hanya singgah untuk sekejap cuma..Alhamdulillah Allah telah menemukan aku dengan satu golongan manusia yang tidak pernah aku fikirkan aku akan satu bumbung dengan mereka.Alhamdulillah sekali lagi..semua ini dalam perancangan Allah.

2-Minggu ini adalah penentu segala.Adakah 'fierce rival' Liverpool akan menewaskan Chelsea di Anfield weekend ini.?Sama2 kita nantikan..

3-Dalam seminggu aku terputus hubungan dengan dunia global.modem internet kat rumbuj ni diuji dengan kilat sehingga rosak teruk.kene tukar baru.alhamdulillah jugak..

4-jumaat-sabtu-ahad lepas aku bersantai dengan jali a.k.a zali di uia kami bertukar2 pendapat dan mengenang kembali jasa guru dan kawan2 di satu sekolah yang cukup mengajar kami akan tarbiah yang sangat penting khususnya untuk pelajar..konpom S.M.A.A.S.Z.A

5-Housemate aku dah balik ni..so, cukup la untuk sekali sekala update hehe

Wednesday, December 30, 2009

KAMPUNG MODE

Si pemilik blog ini tidak akan mengupdate blognya untuk waktu yang tidak dapat dipastikan..Harap maaf (betul ke ayat td?)

Wednesday, November 18, 2009

Latest..

Dah lame tak update blog ni..keje update kat facebook je. Akhirnya hari ini selepas berakhirnya final exam untuk final sem insyaAllah aku berjaya mengadap blogku yang penuh dengan sawang labah-labah ni..hehe.

1. Adapun Pasukan bolasepak Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan baru-baru ni. Tapi aku lebih tertarik kepada perlawanan di antara Chelsea dan Manchester United yang tidak melibatkan sebarang upacara membaling mercun dan botol air tapi sebaliknya terdapat kelibat seorang insan yang sedang asyik memberus gigi sambil menonton perlawanan itu..haha..

2. Beberapa minggu ni,kawan-kawan sekolah ramai yang muncul di alam maya (bukan Maya pelakon eh) dengan kemajuan teknologi yang ada seperti Facebook dan lain-lain..Cuba bayangkan time Jepun serang Tanah Melayu dulu, kalau wujud benda-benda ni confirm time tentera jepun still ade kat Kota Bharu tu, kawan-kawan kat sana dah post kat facebook macam ni:"wei jage2 kawan2 askar nippon tengah selongkar rumah aku ni..cepat sembunyi!" (effect addict facebook)

3. Cuba anda bayangkan kalau tiba-tiba pasukan bola sepak negara kita berjaya layak ke pusingan akhir Piala Dunia atau World Cup 2010 di Afrika Selatan, pastinya pasukan negara lain takut nak lawan dengan pasukan negara kita..Sebab? Penyokong Malaysia pastinya dibekalkan dengan mercun bagi menyemarakkan lagi World Cup tu..(bukannya pasukan kita power giler..err Malaysia layak ke final?hehe)

4. Dan ini adalah senarai pasukan yang telah layak ke World Cup tahun depan..Dan Malaysia baru je kalah dengan Uzbekistan 1-3.

Hosts

  • South Africa

African Qualifying Group

  • Ghana
  • Ivory Coast
  • Algeria
  • Cameroon
  • Nigeria

Asian Qualifying Group

  • Japan
  • Australia
  • South Korea
  • North Korea

European Qualifying Group

  • England
  • Netherlands
  • Spain
  • Serbia
  • Italy
  • Denmark
  • Germany
  • France
  • Greece
  • Portugal
  • Slovakia
  • Slovenia
  • Switzerland

South American Qualifying Group

  • Brazil
  • Paraguay
  • Chile
  • Argentina
  • Uruguay

North and Central America Qualifying Group

  • United States
  • Mexico
  • Honduras
nampak tak North Korea juga layak World Cup?wah ni negara komunis kot..

5. Eh, tadi aku tengok Muzik-Muzik separuh akhir kat tv. Dan ramai penyanyi yang (tersasul atau memang saje kot) time ucapan pasal dah layak ke final ajl, mengucapkan terima kasih kepada Allah. err...

6. France dah layak final World Cup tahun depan tapi timbul kontroversi pasal penggunaan tangan dalam bola sepak bagi seorang striker untuk menjaringkan gol. Dalam hal ini ianya lebih kurang kes Maradona dulu..Thierry Henry sendiri mengaku salah die tak makan rasuah tapi hanya menggunakan tangan saja bagi memastikan negaranya layak.

"I have said at the time and I will say again that yes I handled the ball. I am not a cheat and never have been.

"It was an instinctive reaction to a ball that was coming extremely fast in a crowded penalty area.

Adakah pemain bola Malaysia berani bermain bola pakai tangan? Yang pastinya kalau rasuah tu Malaysia Boleh!

7. Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)..

Saje je nak kait ayat ni dengan kes Sarah dalam Nur Kasih..ambik suka sangat fitnah orang sekali kantoi tak dapat dah nak cover..buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali dan banyak kali..nak tau ape jadi dengan Sarah?tengok la kat blog Jali..

Thursday, October 1, 2009

raya 2009


Masjid kg. Kesom, Manir Kuala Terengganu, raya ke-2

Wednesday, September 9, 2009

MURTABAK..YUMMY..



katne boleh jumpe murtabak sedap?setakat ni semua x bleh blah..

Wednesday, August 12, 2009

NIKMAT SIHAT..

Hari ni 12 bulan lapan 2009 pukul 9 pagi tadi aku ke klinik uia.nak buat ape? bukannya aku demam atau dijangkiti Influenza A tapi temankan si Apai ex-roomate aku.Demam katanye..mulanya aku seram juga ini lawatan pertama aku ke sana lepas wabak H1N1 menyerang seluruh dunia.

Mula2 aku nak masuk klinik tu aku tengok dah ramai mangsa2 duduk kat kerusi luar tunggu giliran..errr,sekarang baru pukul 9 kot..masing2 dgn mask a.k.a topeng. Aku?
Pandang je kat pintu masuk klinik terpampang:

TO ALL PATIENTS:
PLEASE ASK FOR A MASK IF YOU HAVE THE FOLLOWING:
1-FEVER
2-COUGH
3-SORE THROAT
4-RUNNING NOSE.

Oh!aku tak terkena H1N1 masih terselamat dan aku berdoa moga2 aku diselamatkan dan dilindungiNya.

Masuk ke dalam, seat dah hampir penuh dengan pesakit2 bertopeng dah macam penyamun da..aku pun dah rasa macam seram dan was2 nak duduk sebelah alien2 ni..ade yang batuk..bersin..clear throat..dengan budak Malaysianya..forenernya..aku tahan nafas pegang hidung kalau ada orang batuk atau bersin takut berjangkit (betul ke tu cara pencegahan?) rasa macam nak mintak mask free je dengan staff klinik kat kaunter tu..

Lalu aku teringat lirik lagu Demi Masa yg Raihan punye tu ek?aku x ingat sangat nasyid ni:

Demi Masa

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

aku copy je ni dari website orang..

Post kali ni panjang sikit pasal tengah banyak idea..

Zaman H1N1 sekarang ni, kalau nak dapat MC tu, perghh senang gile..teringat dulu aku demam time zaman Neolitik..doc nak bagi MC jangan haraplah..Aku bersyukur amat sangat Allah masih bagi kesihatan kepada aku yang hina dina ni ketika orang lain bergelut dengan virus ni. Tapi dulu kalau aku demam selalu aku x bersyukur dan geram kenapa aku demam time weekend pastu doc plak time tu baik hati bagi MC (weekend xde kelas la..) tapi bila fikir2 balik maybe Allah bagi aku demam time tu bukannya ketika zaman pemerintahan H1N1 ni supaya aku sedar akan nikmat yang Allah bagi kat aku sekarang.

Dan sedikit pesanan untuk kerajaan Malaysia, aku dah seram ni, so please make sure klinik kita melayan sepenuhnya pesakit2 H1N1 ni agar xde lagi nyawa yg melayang selain dari accident jalanraya.

Friday, July 31, 2009

Di suatu dot dot dot


Aku meneruskan larianku di kala kegelapan malam itu. Masih kuingati bunyi tembakan mesingan AK-47 itu tadi yang memusnahkan beberapa rumah di kampung sebelah. aku termengah-mengah memecut tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun. aku perlu segera tiba di rumahku untuk memaklumkan kedatangan tentera musuh. Seusai tiba, aku terus menuju ke ruang bawah tanah rumahku. disana sudah menanti semua ahli keluarga dan saudara-maraku dengan muka mereka yang cemas.

"salam..guane berita kampung kite dang dok lari ni?" aku menujukan pokok persoalan utama kepada bapaku.

"dok dang kot...askar jahat duk kampung sebelah doh...baik de cepat lari gi kampung gaung nung...ade askar kerajaan tunggu dinung.." bapaku mencadangkan.

"ok.." , tanpa banyak cakap aku terus meninggalkan bilik bawah tanah selepas bersalaman dengan ahli keluarga dan mendoakan keselamatan masing-masing.

ketika aku sedang melintas jalan tiba-tiba muncul sebuah kereta berhenti ditepi jalan. Pintu pemandu dibukakan dan keluar seorang abang yang memakai kot lalu bertanya kepadaku,

"nak gi mane dik?lewat dah ni kul 2 pagi doh.."

"saye nak gi kampung gaung lagi 2 kilometer.."

"oh, ye ke..doh mari la nak tumpang sekali kebetulan abang pun nak gi kuala berang ni.."

Aku pun terus naik kereta abang tu dan rupa-rupanya dalam kereta abang tu ada seseorang...
sambungan...

"la, isteri die rupanya.." aku bermonolog dalaman.

"dah la muka mat saleh.."

kuperhatikan tiga orang lagi kanak-kanak di seat belakang yang aku pasti adalah anak-anak abang tu..macam mak dia gak kacuk mat saleh..
tapi ada satu perkara yang kantoi..apa dia?

"mok, bile kite nok sapa keda ni?"

hah?harap muka je mat saleh tapi last2 skali cakap tranung...

Sebaik sahaja kereta kami bergerak dalam 5 minit tiba-tiba kelihatan di hadapan kami satu peluru berpandu sedang meluncur laju tanpa sempat kereta kami mengelak dan booommmm!!
aku tersedar dari tidurku lalu kuperhatikan jam henset sambil mengosok-gosok mata yang tak gatal..1.25 petang!eh, aku kat bilik lagi lah..dah lewat nak gi solat jumaat ni...aaaaaa.....


MAKLUMAN: KISAH INI ADALAH BENAR BELAKA DAN BERLAKU DALAM MIMPI PENULIS KETIKA SHORT SEM LEPAS. SEGALA WATAK ADALAH KHAYALAN DALAM MIMPI PENULIS DAN PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU SEBARANG PERSAMAAN DENGAN MIMPI SESIAPA PUN.

Friday, July 24, 2009

aku ke kampung HUSIN..


Assalamualaikum..
pagi-pagi makan ikan masin,
pagi esok aku gi kg Pakcik Husin.

esok perjalanan ke Kg. Husin kul 4 Pg.
aku anggapkan Kg. Husin tu macam Pulau Jeju dlm cite korea la dlm mimpi mlm ni..
Harap2 perjalanan ke sana selamat hendaknya...

Sunday, July 12, 2009

Alam ria cuti sekolah dah tamat...

aku cuti 5 hari je kat kampung.,.sempat gak aku makan buah-bahan tempatan yang melambak kat tepi rumah ni kalau nak disebutkan manggis durian, rambutan, salak selatan, duku, dan banyak lagi. x sia-sia la cuti sekolah kali ni walaupun sekejap je.dah la aku sorang je kat rumah dengan ayah dan mak memang best ar xdok orang kacau aku nak makan..tapi masuk hari ke 3 aku di rumah tiba2 muncul 2 manusia bergelar adik2 di muka pintu mengganggu ketenteraman beta sedang bersantap didapur diraja..cis memang kacau dodol ah 2 oran nihx pasal2 kene share durian dan buah-buahan lain tu..tapi xpe sekurang2nya xlah sunyi sangat kat rumah ni..sekolah uia dah nat stat esok..jumpe lagi kawan2 yang blom grad...

Wednesday, June 3, 2009

KAMI DI PSYCHO BUDAK KECIK...

-Ntah betul ke tidak ejaan psycho tu..hehe..
-Kisah menyayat hati ni berlaku di cafe Aikol (bajet2 jadi budak law la konon) makan kat situ dengan adil paliq jenol.
-time tu dekat pukul 4 petang aku bonceng moto si Paliq, Adil dan Jenol lepas lepak kat library masing2 terasa lapor la pulok nak pekena ape2 yang ade kat cafe law tu..
-On the way tu hujan renyai2 kami sampai di cafe nampak pemakan-pemakan dah xde kosong je..yang ade mak cik2 yang jaga cafe..
-Tengok ape makanan yang ade-kopok,cekodok, nasi ayam dua pinggan, nugget sejuk, pastu makanan rebus2 je..Jenol+Adil ambik laksa(ye ke..aku dah lupe),Paliq ambik nasi ayam, aku ambik bihun sup..dapat je bayar pastu makan..
-baru je suap 2 3 sudu tu tiba2 kedengaran suara asing dari luar cafe yang agak meragukan,"cepat la makan abang2 sume kami dah nak balik.." Mak die membalas"tak baik buat macam tu abang-abang tu nak makan".
-Luahan hati tu kedengaran diulang berkali-kali membuatkan kami rase di saiko yang amat..dah la baru je berape suap dah kene saiko..
-Pastu masuk la si pemilik suara tu seorang budak sekolah rendah(tahun berape ni rotan karang!) lalu tepi meja kami menuju ke suis air-cond pastu tanye mak die yang jaga cafe,"mak, air-cond ni nak kene tutup ke?" hish budak ni memang nak kene ar..dah la sup ni panas lagi..begitulah seterusnya budak kecil ni torture kami..
-Maybe budak ni adalah salah satu ujian dari Allah yang tidak kami sedari..tak lama lepas tu kami dapat rezeki mak cik tu bagi semua kuih-kuih yang ade bawa balik..fuih lepas kene azab dapat nikmat tu..

Saturday, May 9, 2009

SHORT SEM YANG AGAK...


ade sesetengah orang mengeluh," adoi boring ar short sem ni macam xde life.." sejak budak2 mahallah Bilal kena pindah ke uthman ni semua budak2 bilal terpisah.pastu pasal xde lan semua rase macam xde life,xde hidup bermasyarakat..kalau dulu2 kat bilal, vyypres chat tu ade macam2..ade ustaz,gamers, dj radio, banyak lagi lah..agak rindu la nak dengar radio shin a.k.a shinosuke tu buat peneman study.pastu ade message dota masuk ddc+1 2 3 4 .

pastu share update kas,avira,avg..folder movie yg dieja jadi muvi, banyak lagi sebenarnya.


so sem ni sume kene lupakan jumpa balik budak2 bilal di sem 1 nanti.

Monday, May 4, 2009

pulang lah waza and co.

rasenye dah lame dak2 yang gi ngaji mesir x ku lihat muka mereka yang hensem itu..ape kabor mereka?sihatkah?ade yang dah kawin,ade yang resultnye pawa aku tabik ah...aku jugak yang berkelana di bumi hujan dan panas sepanjang tahun uiam ni..kalu ramadhan syakir a.k.a rdhanz ade tgk blog aku yang hina ni plis madan aku ade request sikit ni..ingat dok dulu mu ade tulis satu cerpen yang bertajuk "ada apa dengan Thanawi"? tu tahun bile mu tulis aku dok tahu ar tapi skarang ni aku rase rindu pulak nak baca cerpen tu.dah lama tu boleh la kite panggil manuskrip purba kot...so,madan kalau ade royak k.dan juga waza karya2mu yang cukup menyentuh kalbu dalam blogmu tu aku cukup terhibur dan terkedu..semoga dapat award..

Sunday, May 3, 2009

kuih pau kat kedai nenek aku best!

assalamualaikum sume..dah 2 minggu aku x nulis sini..bese la balik kampung (kalu loghat kuala berang-balaik kkapaung) ade je tenet tp aku malas nak gi cc kat kuala berang tu.




hehehe tajuk kuih pau tapi sebenarnya bukan makanan tu yang aku nak cite sini tapi kes yang cukup menyayat hati kena kat aku semalam on the way nak gi rumah abang aku..memang sedih ah.bunyi die ade kaitan dgn pau gak tapi pasal aku kena pow.

mase tu aku dalam van prebet sapu on the way ke kuala berang nak naik bas tasik kenyir.yang duduk sebelah aku dalam van tu sorang mamat yg cukup hensen dgn rambut yang menggerbang umpama shah rukh khan.hahaha tu saje je..sebenarnye rambut die kusut masai selekeh kasut x basuh mcm kasut aku..sampai je kat traffic light masjid kat k.b tu,tibe je die tgk aku pastu die kate," nok siya!".mulenye aku pening amende die kate ni?aduh pening ar..mulenye buat x tau je..pastu sekali lagi percubaan kedua die,"wei nok siya!".mende die nak ni?siya tu mende?adakah sial?hahaha...tahukah tuan2 siya tu adalah loghat kuala berang.biar aku translate k..

jawapan: mamat berambut kusut masai tu sebenarnya mintak seringgit dengan aku.nok siya=nak seriyal=nak seringgit.

mamat tu memang dari awal lagi aku dah tgk die lain macam je macam penagih dadah pon ade,isap gam pon ade..aku xnak bagi seringgit maunye die keluarkan jarum ajaib die cucuk rubella kat aku x pasal2..nak buat camne seringgit je kalu 50 ringgit aku rela terjun dari van time tu gak.lepas bagi duit macam aku bapak die terus kitorang bersalam salaman macam baru lepas smayang dan die kate terima kasih..fuh cukup berbudi bahasa budaya mereka..aku teruis turun depan tu area pasar try call jali..dah selamat kot...

tibe2 mak aku call dan bgtau mamat td sorang penagih gam=isap gam.