Saturday, June 6, 2009

HIKMAH MENCEGAH KEMARAHAN

Menurut sebuah cerita sejarah, bahawa ada seorang khadam yang membawa hidangan makanan kepada tuannya. Dengan tidak sengaja, hidangan itu jatuh atas hamparan yang telah disediakan bersama hidangan itu.
Maka marahlah tuannya, tetapi khadam itu berkata kepadanya:"Cubalah ingat firman Allah s.w.t."
Tuannya bertanya:"Apakah firman Allah itu?"
Jawabnya:" Dan orang-orang yang mencegah kemarahannya."
Mendengar ini tuannya berkata:"Aku cegah kemarahanku."
Kemudian khadam itu berkata lagi:"Dan orang-orang yang memaafkan daripada kesalahan manusia."
Tuannya berkata pula:"Aku maafkan engkau."
Lalu dia berkata:"Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan."
Akhirnya tuan itu berkata:"Engkau sekarang merdeka dan untuk engkau seribu dinar sebagai ihsanku kepada engkau."

1 comment: