Sekolah Kebangsaan Tapu. 7.27 pagi
Pukul 7.27 pagi aku tiba di sekolah baruku. Terpampang ’ Sekolah Kebangsaan T*pu’ di tepi pintu pagar sekolah...huruf A tercabut. Murid –murid berbondong-bondong berbasikal, dihantar ayah dengan motosikal, jalan kaki ke sekolah. Dalam hati aku fikir sejenak sambil beri signal,”keciknye skoloh ni,biar betik?”
Masuk sekolah, parking moto bawah atap. Murid-murid yang lalu berbisik-bisik sesama sendiri.
”sape or..cekgu baru ke..?”
“dok tau gok”
Eleh ingat orang dok dengor mo’o hehe..bisik macam cakap je.
Aku senyum.
”Assalamualaikum ustak..”
”waalaikumussalam..”
(dua dialog diatas diulang beberapa kali kerana ramai murid-murid yang lalu ketika itu pakat nak bagi salam)
Aku menuju ke Pak Guard. Mula-mula, senyum. Lepas tu, bagi salam.
“ cikgu baru?”
“Lapor diri hari ni.”
“ err…pejabat belah mane?”
“ gi straight, hala ke kanan.”
” terima kasih banyak”
Aku senyum lagi. Aku mempraktikkan petua pensyarah-pensyarah di IPGKDRI, cara-cara membina hubungan dengan warga sekolah peringkat permulaannya.
Datang seorang lelaki berjanggut, berbaju kemeja merah.Namanya err...takdok nametag pulok doh. Takpe,senyum tapir dulu..
“Awok cikgu baru yang jabatan hantar ke?”
”emm..dok. saye cikgu j-Qaf lapor diri hari ni di skoloh ni.”
”ooo..saye ingatkan cikgu tu..doh awok asal mane?”
”Orang sining je, kg Tajin”
”ooo...doh molek ah..awok kenal dok orang Tajin, orang panggil die Raning, ngajar di Johor lening.Rumah dalam kapung dekat dengan sejid”
”ooo..kenal ar..”
”Saye rajin gi rumah die..doh dakpe ah kekgi guru besar sapa gi jupe die”
Kebetulan, guru besar dan pk 1 sampai di sekolah berdua satu kereta. ”Yang bawak kete tu pk, yang sorang lagi guru besar”
Lelaki itu meninggalkan aku . Dia menuju ke arah murid-murid. Kelihatan mengawal suasana.
Aku ke pejabat sekolah. Masuk, bertembung dengan seorang lelaki berkemeja putih.
”Assalamualaikum. Saya nak melapor diri sebagai guru dalam latihan j-QAF di skoloh ni.”
”Waalaikumussalam.haa..masuk-masuk. Ikut saya, tulis dalam buku rekod ni, nama, tarikh .lapor diri, alamat.”
”Lepas tu, masuk ke bilik saya, depan tu.”
Selesai menconteng dalam buku rekod sekolah, baru aku perasan, ceh ramai lagi cikgu kat belakang aku ni nak menulis. Aku senyum kambing je..i’m sorry (amir raja lawak) ..
”Assalamualaikum cikgu.”
”Haaa..masuk.”
”cikgu...errr....”
”Cikgu Mustapah,panggil cikgu pa dakpe.”
” saye nak bagi surat lapor diri..”
”ok..jadi awak ni dalam latihan la..lame mane tu.. ”
” Setahun setengah.Maknanya pertengahan tahun depan abih la”
”ooo..ok-ok, doh gi la jupe guru besar die ade di kantin nung..”
”Terima kasih cikgu”
Keluar dari bilik pk 1, aku senyum ke cikgu-cikgu yang ada di dalam bilik guru. Melangkah keluar, rupa-rupanya ada perhimpunan 10 minit sebelum masuk ke kelas di dataran perhimpunan. Cikgu berkemeja merah tadi sedang memberi taklimat..selesai taklimat beliau memperkenalkan aku kepada murid-murid..
” Hari ni kite bulih cikgu baru..seorang ustaz. Ustaz Riduan.” murid-murid bersorak, bertepuk, muka terkejut pun ada.
”Ok, ustaz baru kite baca doa..”
Erk..tugas pertama di sekolah baru.
”Aminnn...”
Murid-murid bersurai, aku ke kantin. Jumpa guru besar, muka garang. Order air tea o je,dah makan pagi tadi kat rumah.
Guru besar sedang membelek-belek surat khabar..
Aku duduk betul-betul depan guru besar.
” Assalamualaikum cikgu, saya cikgu baru, j-Qaf pelatih baru masuk hari ni. Tadi dah jupe pk 1. Surat ade dengan die”
”ooo...awak nak tau dok, skoloh ni lame doh takdok ustaz. Hok lain ustazah belake.”
Padan la murid-murid macam terkejut je tadi..bla,bla,bla sembang dengan guru besar. Point paling penting,
”awak kalau betul-betul nak belajar dan berlatih di skoloh ni, bulih pilih ade dua kumpulan guru. Antara malas dengan rajin. Ikut awak la..dan ilmu pengajaran sangat penting, cedok dengan cikgu-cikgu kite.”
Ok cikgu, banyak juga azimat, pesanan, lontaran idea, isu semasa yang dibincangkan dengan guru besar.
”dan (ade lagi), cikgu kite ade 16 orang je”
”haaa????(mulut nganga masuk lalat)
Sekolah Kebangsaan Tapu ( baru kenal 2 orang cikgu)
Dua orang makcik cleaner lalu. Aku senyum. Mereka pun senyum.
”ustaz baru?” dalam hati aku, tepat sekali, sebab ketika tu pakai songkok.
”ye, j-Qaf..”
”ooo..orang kg Tapu ade sorang..”
”ye ah..die kene di Kuala Ping”
Jalan ke bilik guru sambil bersembang dengan mok cik cleaner. Aku berkenalan dengan ustazah j-Qaf, ustazah Suraya. Bincang berkenaan nak masuk ke kelas mana, apa yang perlu di buat minggu ni untuk j-qaf. Diselang-selikan dengan taaruf.
”saye baru bulan 8 tahun lepah masuk ke skoloh ni. Ganti tempat ustazah j-Qaf pindah ikut suami die ke Sarawak. Dulu saye di Kemaman”
”doh ustazah dapat di s.k. Tapu ni tukar ikut suami ar..”
”dok eh, saye mane kawen lagi.” tet. Aku salah faham, biasa kan orang tukar ikut suami, ni tukar sesuka hati.
” saye orang kg Tanjung aur, depan tu je..”
”ooooo..patut la. Dekat dengan kampung die.”
”Jom ikut saye ke bilik j-QAF.”
Masuk ke bilik j-qaf, ok, kemas. Tapi masuk kejap je, tadi cikgu Pa suruh ganti ustazah Siti Zaleha. Masuk ke kelas Tahun 3 a. Kelas di setiap tahun ade satu je. Semua kelas dari tahun 1 sampai tahun 6 ade 6 kelas je. Murid keseluruhan berjumlah 126..
”assalamualaikum..”
”weh ustak ade depan tu, duk molek.”
Murid-murid yang tadinya ada yang bertenggek atas kerusi, asyik mewarna, cubit kawan, main tarik upih, kembali ke kerusi masing-masing
Sesi perkenalan bermula, skill ice breaking main teka teki nama ustaz, umur berapa, asal dari mana dan soalan-soalan penuh jujur dari murid-murid amat menarik perhatian.
Sampaikan ada yang memanggil, ”ustaz Amirul!”
”Ustaz Amirul tu dalam tv je, ni ustaz diluar tv, ustaz Riduan.haaa..”
Murid-murid gelak.
Aku buat taaruf sampai la teacher Fadilah sampai di muka pintu kelas. Opss masa dah tamat. Aku keluar. Lalu depan kelas tahun 2 dan tahun 1, kedengaran suara-suara memanggil,” ustak, masuk kelas saye la ustak..”
Menurut cikgu Jamil (guru besar), murid-murid tak biasa dengan ustaz di sekolah. Sampaikan ada yang panggil, ” ustazah, masuk la kelas saye!”
Aduh, ni tahap gaban tak pernah dapat ustaz sampai tersalah..haha..
Sepanjang perjalanan melangkah ke bilik j-QAF, ”assalamualaikum ustak” ataupun ”assalamualaikum ustazah, err..”
Terlalu banyak yang mahu diceritakan disini, tetapi satu watak yang menarik perhatian ialah Amir, tahun 6. Azan, sedap, lancar, mantop.
err..gambar mesin taip kat atas tu aku ambik di bilik kerani sekolah.
bersambung lagi..
No comments:
Post a Comment