Tuesday, May 29, 2012

Minggu yang memenatkan...

Assalamualaikum kepada sesiapa yang kebetulan membaca blog ambe ni..sekarang ni ambe duk di lab ipgkdri kelas komputer. tunggu lecturer dok sapa lagi..minggu ni adalah minggu terakhir interaksi j-Qaf ambilan januari 2011 ipgkdri sebelum exam minggu depan. fuh..memang 'gelepor' ah kelas pack gile..

Dengan nota yang sebutir pong dok bace lagi..kalu ikut ustaz Sabawi amalan die mayang hajat 40 kali sebelum final exam..kalu dok dang 40 hari ppong, 40 kali dakpe doh..

ni baru ujian kecil di dunia ni, belum ujian akhirat lagi..

kepada kawan2 Pai 4, selamat menjawab soalan dengan cemerlang, jangan lupa baca nota, buat soalan spot tu, kite target 100 peratus menjawab soalan...jangan tinggal sebutir pong k...

InsyaAllah bittaufiq wannajah..amin

Sunday, April 29, 2012

bukan senang nak update blog!

Selepas setahun aku tak update blog, banyak perkara sudah berlaku di persekitaran aku ni:

ref: jgn risau runey ko dah bayar yuran kan..

  1. bab bola macam biasa ar...manchester united fc hampir menjuarai liga season ini. Tinggal satu je lagi halangan terakhir iaitu the fierce rival: Mancister city fc lawan malam ni. Manakala team2 big six lain seperti Chelsea, Arsenal, Tottenham, dan liverpool mengalami nasib berbeza-beza. 'Surprise Package' iaitu Newcastle united cukup hebat musim ini sehingga berada di tangga ke empat setakat ini. Kisah penyingkiran Real Madrid dan Barca dari champs league memang cukup dramatik sehingga membawa kepada pengunduran pep dari barca dan juga kisah bola hasil miss penalti Ramos yang kini didapati dah sampai di bulan..hhuuhu. 


2. semalam berlaku episod 3.0 BERSIH di Key El.






rasanya cukup dulu 2 kisah ini..masa cukup mencemburui kita dalam mengupdate blog..sebab tu lagi senang update fesbuk je..

Saturday, March 5, 2011

Bermain di sekolah..


'lampard or messi?'
'lompat dekat'
kem bestari solat feb 2011
'andy carroll vs van der sar'

Saturday, February 26, 2011

HARI PERTAMA BERORIENTASIKAN GURU, MURID, PAK GUARD, MOK CIK CLEANER, TUKANG KEBUN.



Sekolah Kebangsaan Tapu. 7.27 pagi

Pukul 7.27 pagi aku tiba di sekolah baruku. Terpampang ’ Sekolah Kebangsaan T*pu’ di tepi pintu pagar sekolah...huruf A tercabut. Murid –murid berbondong-bondong berbasikal, dihantar ayah dengan motosikal, jalan kaki ke sekolah. Dalam hati aku fikir sejenak sambil beri signal,”keciknye skoloh ni,biar betik?”

Masuk sekolah, parking moto bawah atap. Murid-murid yang lalu berbisik-bisik sesama sendiri.


”sape or..cekgu baru ke..?”


“dok tau gok”

Eleh ingat orang dok dengor mo’o hehe..bisik macam cakap je.

Aku senyum.


”Assalamualaikum ustak..”


”waalaikumussalam..”

(dua dialog diatas diulang beberapa kali kerana ramai murid-murid yang lalu ketika itu pakat nak bagi salam)

Aku menuju ke Pak Guard. Mula-mula, senyum. Lepas tu, bagi salam.


“ cikgu baru?”


“Lapor diri hari ni.”


“ err…pejabat belah mane?”


“ gi straight, hala ke kanan.”


” terima kasih banyak”


Aku senyum lagi. Aku mempraktikkan petua pensyarah-pensyarah di IPGKDRI, cara-cara membina hubungan dengan warga sekolah peringkat permulaannya.

Datang seorang lelaki berjanggut, berbaju kemeja merah.Namanya err...takdok nametag pulok doh. Takpe,senyum tapir dulu..


“Awok cikgu baru yang jabatan hantar ke?”


”emm..dok. saye cikgu j-Qaf lapor diri hari ni di skoloh ni.”


”ooo..saye ingatkan cikgu tu..doh awok asal mane?”


”Orang sining je, kg Tajin”


”ooo...doh molek ah..awok kenal dok orang Tajin, orang panggil die Raning, ngajar di Johor lening.Rumah dalam kapung dekat dengan sejid”


”ooo..kenal ar..”


”Saye rajin gi rumah die..doh dakpe ah kekgi guru besar sapa gi jupe die”


Kebetulan, guru besar dan pk 1 sampai di sekolah berdua satu kereta. ”Yang bawak kete tu pk, yang sorang lagi guru besar”

Lelaki itu meninggalkan aku . Dia menuju ke arah murid-murid. Kelihatan mengawal suasana.

Aku ke pejabat sekolah. Masuk, bertembung dengan seorang lelaki berkemeja putih.


”Assalamualaikum. Saya nak melapor diri sebagai guru dalam latihan j-QAF di skoloh ni.”


”Waalaikumussalam.haa..masuk-masuk. Ikut saya, tulis dalam buku rekod ni, nama, tarikh .lapor diri, alamat.”


”Lepas tu, masuk ke bilik saya, depan tu.”


Selesai menconteng dalam buku rekod sekolah, baru aku perasan, ceh ramai lagi cikgu kat belakang aku ni nak menulis. Aku senyum kambing je..i’m sorry (amir raja lawak) ..


”Assalamualaikum cikgu.”


”Haaa..masuk.”


”cikgu...errr....”


”Cikgu Mustapah,panggil cikgu pa dakpe.”


” saye nak bagi surat lapor diri..”


”ok..jadi awak ni dalam latihan la..lame mane tu.. ”


” Setahun setengah.Maknanya pertengahan tahun depan abih la”


”ooo..ok-ok, doh gi la jupe guru besar die ade di kantin nung..”


”Terima kasih cikgu”


Keluar dari bilik pk 1, aku senyum ke cikgu-cikgu yang ada di dalam bilik guru. Melangkah keluar, rupa-rupanya ada perhimpunan 10 minit sebelum masuk ke kelas di dataran perhimpunan. Cikgu berkemeja merah tadi sedang memberi taklimat..selesai taklimat beliau memperkenalkan aku kepada murid-murid..


” Hari ni kite bulih cikgu baru..seorang ustaz. Ustaz Riduan.” murid-murid bersorak, bertepuk, muka terkejut pun ada.


”Ok, ustaz baru kite baca doa..”


Erk..tugas pertama di sekolah baru.


”Aminnn...”


Murid-murid bersurai, aku ke kantin. Jumpa guru besar, muka garang. Order air tea o je,dah makan pagi tadi kat rumah.

Guru besar sedang membelek-belek surat khabar..

Aku duduk betul-betul depan guru besar.


” Assalamualaikum cikgu, saya cikgu baru, j-Qaf pelatih baru masuk hari ni. Tadi dah jupe pk 1. Surat ade dengan die”


”ooo...awak nak tau dok, skoloh ni lame doh takdok ustaz. Hok lain ustazah belake.”


Padan la murid-murid macam terkejut je tadi..bla,bla,bla sembang dengan guru besar. Point paling penting,


”awak kalau betul-betul nak belajar dan berlatih di skoloh ni, bulih pilih ade dua kumpulan guru. Antara malas dengan rajin. Ikut awak la..dan ilmu pengajaran sangat penting, cedok dengan cikgu-cikgu kite.”


Ok cikgu, banyak juga azimat, pesanan, lontaran idea, isu semasa yang dibincangkan dengan guru besar.


”dan (ade lagi), cikgu kite ade 16 orang je”


”haaa????(mulut nganga masuk lalat)


Sekolah Kebangsaan Tapu ( baru kenal 2 orang cikgu)

Dua orang makcik cleaner lalu. Aku senyum. Mereka pun senyum.


”ustaz baru?” dalam hati aku, tepat sekali, sebab ketika tu pakai songkok.


”ye, j-Qaf..”


”ooo..orang kg Tapu ade sorang..”


”ye ah..die kene di Kuala Ping”


Jalan ke bilik guru sambil bersembang dengan mok cik cleaner. Aku berkenalan dengan ustazah j-Qaf, ustazah Suraya. Bincang berkenaan nak masuk ke kelas mana, apa yang perlu di buat minggu ni untuk j-qaf. Diselang-selikan dengan taaruf.


”saye baru bulan 8 tahun lepah masuk ke skoloh ni. Ganti tempat ustazah j-Qaf pindah ikut suami die ke Sarawak. Dulu saye di Kemaman”


”doh ustazah dapat di s.k. Tapu ni tukar ikut suami ar..”


”dok eh, saye mane kawen lagi.” tet. Aku salah faham, biasa kan orang tukar ikut suami, ni tukar sesuka hati.


” saye orang kg Tanjung aur, depan tu je..”


”ooooo..patut la. Dekat dengan kampung die.”


”Jom ikut saye ke bilik j-QAF.”


Masuk ke bilik j-qaf, ok, kemas. Tapi masuk kejap je, tadi cikgu Pa suruh ganti ustazah Siti Zaleha. Masuk ke kelas Tahun 3 a. Kelas di setiap tahun ade satu je. Semua kelas dari tahun 1 sampai tahun 6 ade 6 kelas je. Murid keseluruhan berjumlah 126..


”assalamualaikum..”


”weh ustak ade depan tu, duk molek.”


Murid-murid yang tadinya ada yang bertenggek atas kerusi, asyik mewarna, cubit kawan, main tarik upih, kembali ke kerusi masing-masing


Sesi perkenalan bermula, skill ice breaking main teka teki nama ustaz, umur berapa, asal dari mana dan soalan-soalan penuh jujur dari murid-murid amat menarik perhatian.

Sampaikan ada yang memanggil, ”ustaz Amirul!”


”Ustaz Amirul tu dalam tv je, ni ustaz diluar tv, ustaz Riduan.haaa..”


Murid-murid gelak.

Aku buat taaruf sampai la teacher Fadilah sampai di muka pintu kelas. Opss masa dah tamat. Aku keluar. Lalu depan kelas tahun 2 dan tahun 1, kedengaran suara-suara memanggil,” ustak, masuk kelas saye la ustak..”


Menurut cikgu Jamil (guru besar), murid-murid tak biasa dengan ustaz di sekolah. Sampaikan ada yang panggil, ” ustazah, masuk la kelas saye!”

Aduh, ni tahap gaban tak pernah dapat ustaz sampai tersalah..haha..


Sepanjang perjalanan melangkah ke bilik j-QAF, ”assalamualaikum ustak” ataupun ”assalamualaikum ustazah, err..”

Terlalu banyak yang mahu diceritakan disini, tetapi satu watak yang menarik perhatian ialah Amir, tahun 6. Azan, sedap, lancar, mantop.


err..gambar mesin taip kat atas tu aku ambik di bilik kerani sekolah.


bersambung lagi..



IBARAT SIRIH PULANG KE GANGGANG…

DEWAN SULAIMAN, SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 1, KUALA TERENGGANU. 9.35 PAGI

Saat namaku dipanggil oleh pengerusi majlis, aku rasa di awang-awangan ketika melangkah penuh semangat menuju ke arah encik.............(xtau!), orang yang bertanggungjawab untuk penempatan sekolah dari jabatan pelajaran negeri Terengganu.

Aku bersalaman dengan beliau, senyuman diukir.


”Dari mana?”


”Kuala Berang..”


”Oooo..tahniah”


”terima kasih.”


Aku kembali ke kerusi. Kupandang rakan-rakan seperjuangan. Wajah mereka kelihatan seolah-olah bertanya,


”mung bulih mane?”


Sampul surat dibuka.

Tertulis ” Sekolah Kebangsaan Tapu, Mukim Tanggol, Kuala Berang”

Aku menarik nafas panjang sambil dilafaz alhamdulillah. Lalu aku memandang ustaz Wan Fauzi, pegawai j-QAF Terengganu.


”ish, ustaz ni wak debor ke orang je” Aku bermonolog dalaman.


Hampir 3 minggu Ustaz Wan Fauzi membuatkan kami, guru pelatih j-QAF tak cukup tidur, memikirkan persoalan utama – di sekolah mana kami akan di postingkan? Ada yang asyik menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, ada yang muka monyok je selama 3 minggu. Hahaha..


Rahimi, ” mung bulih mane duang?


Abang Ridhuan Mahmud, ”mane?”


Ramai lagi bertanya,” wane boh?”


” s.k. Tapu Kuala Berang”


”Woh sedap sangat mung bulih dekat rumah!”


”Ade la dekat 18 kilometer”


Si Ridzuan Harun, orang kg Tapu datang kearahku. Terus aku tersengih kearahnya. ”Ambe bulih S.K. Tapu kampung deme hehe..”


”Doh ustaz kite bulih mane pulok?”


”Ambe skoloh Kuala Ping”


”Fuh boleh tahan jauh, on the way nok gi Tasik Kenyir doh tu..”


Tiba-tiba kedengaran suara pengerusi majlis mengarahkan semua guru pelatih berkumpul mengikut daerah.

Muka- muka yang seolah-olah dikenali. Oh ada ex-uia disitu, budok BAR (kursus Bahasa Arab di uia). Dan ex-Smaasza, abang Asri.


Mendengar penerangan dari Tuan pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu yang agak panjang lebar. Sambil beliau memastikan kami mengenal lokasi sekolah agar tidak tersesat. Sebahagian besar asal dari Kuala Terengganu.


Selesai penerangan, aku dan Rahimi ke kantin Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 untuk santapan diraja....erk.hehe...tengah duk bubuh lauk tu, aku nampak susuk si piah, ex-irk uia.


”aik, bulih j-qaf jugok ke?”


”ho..aku bulih di Kemaman..doh mung bulih mane?”


”Aku bulih Kuala Berang.”


”Woh sedak ah mung bulih dekat rumoh, aku gok kena jauh. Kena cari rumah sewa lagi.”


”Dakpe ah mane-mane pong..asalkan dalam negeri kira lega doh tu..” Datang budok Bar uia.


” awok uia dulu kan..”


”a’ah..bukan ke kita kene daerah sama tadi..”


”habih la, skoloh lubuk periuk..ceruk mane tu hehe..”

bersambung...

Friday, August 20, 2010

IHYA' RAMADHAN AL-MUBARAK OGOS 2010



Bakal bergerak menuju ke Kampung Orang Asli di Cameron Highlands merangkap kampung TeJI,aBu,sELANGKAr...misi Ihya' Ramadhan kali ini yang dikatakan oleh press sebagi lebih berunsurkan dan bertemakan 'MARI MENGAJI'..pastinya lebih ummph,lebih sudu dari kuah.

Harapan semoga misi untuk berkongsi ilmu disana tercapai. Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

Sunday, August 1, 2010

RAMADHAN...GEAR 1...


Ramadhan bulan keberkatan yang bakal menjelma tak lama lagi..Allah telah menjanjikan pelbagai fadhilat yang mesti direbut oleh umat islam yang mana tidak terdapat pada bulan-bulan islam yang lainnya. Amat rugilah mereka-mereka yang tidak mengambil kesempatan atas peluang yang terhidang nanti..Harapan Ramadhan semoga kali ini yang terbaik lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Disini saya 'copy paste' kan sedikit maklumat tentang kelebihan Ramadhan dari blog Ustaz Azhar Idrus semoga sedikit sebanyak menjadi panduan kepada kita semua insyaAllah..

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

wallahua'lam

Tuesday, April 27, 2010

TAK TAU NAK TULIS APE BOSAN DUK RUMAH SORANG-SORANG

1-Hidup di rumbuj ini ibarat dunia yang sementara.manusia yang keluar masuk diumpamakan pelakon teater yang hanya singgah untuk sekejap cuma..Alhamdulillah Allah telah menemukan aku dengan satu golongan manusia yang tidak pernah aku fikirkan aku akan satu bumbung dengan mereka.Alhamdulillah sekali lagi..semua ini dalam perancangan Allah.

2-Minggu ini adalah penentu segala.Adakah 'fierce rival' Liverpool akan menewaskan Chelsea di Anfield weekend ini.?Sama2 kita nantikan..

3-Dalam seminggu aku terputus hubungan dengan dunia global.modem internet kat rumbuj ni diuji dengan kilat sehingga rosak teruk.kene tukar baru.alhamdulillah jugak..

4-jumaat-sabtu-ahad lepas aku bersantai dengan jali a.k.a zali di uia kami bertukar2 pendapat dan mengenang kembali jasa guru dan kawan2 di satu sekolah yang cukup mengajar kami akan tarbiah yang sangat penting khususnya untuk pelajar..konpom S.M.A.A.S.Z.A

5-Housemate aku dah balik ni..so, cukup la untuk sekali sekala update hehe

Sunday, April 4, 2010

THE TOP 10 SIGNINGS OF THE SUMMER

The best buys of 2009 (EPL)

1. Carlos Tevez - Unattached to Man City, £25m

After a few games, the knives were out for the South American striker. Sir Alex Ferguson was right not to sign him, his first touch wasn't good enough, his goal return was poor. But he worried his old club in a thrilling derby and, once off the mark in the league against another of his former teams in West Ham, he hasn't looked back. 19 goals in 26 starts is some record and he also weighed in with another six in six in during the Carling Cup run, which included three strikes against the Red Devils. The main man behind City's push for fourth spot and, if he gets them into next season's Champions League, it'll definitely be a case of money well spent.

2. Thomas Vermaelen - Ajax to Arsenal, £10m

Some scoffed when Arsene Wenger splashed out on the Belgian centre-back, with rumours in Holland suggesting the Gunners had overpaid. Now he looks like a steal after an accomplished first campaign at Premier League level. His partnership with William Gallas was rock-solid before the Frenchman got injured and he's already an Emirates favourite. Composed and cultured in possession, he weighs in with more than his fair share of goals.

3. Richard Dunne - Man City to Aston Villa, £6m

City have also made mistakes in the market and offloading Dunne is clearly one of them. The uncompromising Irishman was a popular figure with the supporters at Eastlands but jettisoned by former boss Mark Hughes to make way for Kolo Toure and Joleon Lescott. Yet he's had better seasons than both of them and been a rock at the back for Villa. Reliable and rugged, he has helped the Midlanders go all the way to the Carling Cup final and book a return to Wembley to face Chelsea in the FA Cup semi-finals.

4. Darren Bent - Tottenham to Sunderland,

£10m signing

Maybe he didn't go the right away about leaving Spurs when Tweeting obscenities about his bosses but Bent was desperate for first-team football to show he would score goals at the top level. When he got the move he craved, he hasn't stopped hitting the net and managed goals against all of the 'big four'. With his tally standing at 20 in 32 league games, there is no denying he has been one of the shrewdest signings of 2009. His record has always been impressive but it was a gamble from Steve Bruce - one that has struck gold for the Black Cats manager.

5. Niko Kranjcar - Portsmouth to Tottenham, £2m

Harry Redknapp likes a bargain and the Croatian was an absolute steal. With Pompey about to endure the worst year in their history, the midfielder was picked up for a song and has adapted well to life at White Hart Lane. With his fellow countrymen Luka Modric and Vedran Corluka at the club, he has been made to feel at home and become an important member of the side. Undoubtedly one of the biggest bargains over the past year or so.

6. Joe Hart - Man City to Birmingham, loan

With City splashing the cash, there was always going to be value around in picking up the players pushed to the fringes. Shay Given is an excellent keeper so the obvious option was to loan Hart out. There were no shortage of takers but Birmingham have benefited hugely from having the England hopeful on board. The youngster has developed into a top-class goalie and the only problem is trying to convince City to sell him permanently. Scott Dann and Roger Johnson were also astute acquisitions from Alex McLeish but Hart has been the pick of the bunch.

7. Antonio Valencia - Wigan to Man United, £16m


Ferguson had the Ecuadorian earmarked as the replacement for Cristiano Ronaldo for some time and he's exceeded expectations in his first season at Old Trafford. An old-fashioned winger who likes to beat his man and deliver the ball into the box, he has supplied Wayne Rooney with plenty of chances this term. His manager has admitted he just needs to come out of his shell because he has a shy personality, and there is the feeling that he doesn't realise how good he can be. That said, he was man of the match in his first major final with United and there could be more medals on the way this season.

8. Kevin Doyle - Reading to Wolves, £6.5m

Wolves had been accused of not scoring enough goals until their recent win at West Ham, but there's no blame attached to their record buy. His goal return of seven from 28 matches is almost identical to his international record but his game is not all about putting the ball in the net. Doyle has developed into an ideal lone striker, capable of shielding the ball, keeping possession and putting in a lot of selfless work. Mick McCarthy's system is bringing the best out in him and he's worth far more than what they paid Reading for him now.

9.

Jamie O' Hara - Tottenham to Portsmouth, loan

Pompey's money troubles have been well documented but they picked up a gem when signing the Spurs midfielder for the season. O'Hara has proved himself to be Premier League class and his determined displays have lifted the Fratton Park faithful. Although he misses out on the big FA Cup semi-final against his parent club, there will be other grand occasions for him later in his career - obviously starting with the final in May if Spurs are beaten. He won't stay on the south coast when Portsmouth go down and it's unlikely he'll remain at White Hart Lane. But he'll have a choice of where to play his football next term, that's for sure.

10.Damien Duff - Newcastle to Fulham, £4m

Many pundits saw the Irish winger as a player on the way down. Hampered by injuries, he had failed to reproduce the form that made him one of the most exciting players at the 2002 World Cup. While this season has been heartbreaking on the international front, and he missed a gilt-edged chance to win the play-off with France, things have gone swimmingly at Craven Cottage. Duff has weighed in with eight goals and added experience and a touch of quality to Roy Hodgson's midfield. With the Europa League run still going strong, he can be delighted with his contribution and reassured that his career is back on an upward curve.








Wednesday, December 30, 2009

KAMPUNG MODE

Si pemilik blog ini tidak akan mengupdate blognya untuk waktu yang tidak dapat dipastikan..Harap maaf (betul ke ayat td?)