Friday, July 31, 2009

Di suatu dot dot dot


Aku meneruskan larianku di kala kegelapan malam itu. Masih kuingati bunyi tembakan mesingan AK-47 itu tadi yang memusnahkan beberapa rumah di kampung sebelah. aku termengah-mengah memecut tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun. aku perlu segera tiba di rumahku untuk memaklumkan kedatangan tentera musuh. Seusai tiba, aku terus menuju ke ruang bawah tanah rumahku. disana sudah menanti semua ahli keluarga dan saudara-maraku dengan muka mereka yang cemas.

"salam..guane berita kampung kite dang dok lari ni?" aku menujukan pokok persoalan utama kepada bapaku.

"dok dang kot...askar jahat duk kampung sebelah doh...baik de cepat lari gi kampung gaung nung...ade askar kerajaan tunggu dinung.." bapaku mencadangkan.

"ok.." , tanpa banyak cakap aku terus meninggalkan bilik bawah tanah selepas bersalaman dengan ahli keluarga dan mendoakan keselamatan masing-masing.

ketika aku sedang melintas jalan tiba-tiba muncul sebuah kereta berhenti ditepi jalan. Pintu pemandu dibukakan dan keluar seorang abang yang memakai kot lalu bertanya kepadaku,

"nak gi mane dik?lewat dah ni kul 2 pagi doh.."

"saye nak gi kampung gaung lagi 2 kilometer.."

"oh, ye ke..doh mari la nak tumpang sekali kebetulan abang pun nak gi kuala berang ni.."

Aku pun terus naik kereta abang tu dan rupa-rupanya dalam kereta abang tu ada seseorang...
sambungan...

"la, isteri die rupanya.." aku bermonolog dalaman.

"dah la muka mat saleh.."

kuperhatikan tiga orang lagi kanak-kanak di seat belakang yang aku pasti adalah anak-anak abang tu..macam mak dia gak kacuk mat saleh..
tapi ada satu perkara yang kantoi..apa dia?

"mok, bile kite nok sapa keda ni?"

hah?harap muka je mat saleh tapi last2 skali cakap tranung...

Sebaik sahaja kereta kami bergerak dalam 5 minit tiba-tiba kelihatan di hadapan kami satu peluru berpandu sedang meluncur laju tanpa sempat kereta kami mengelak dan booommmm!!
aku tersedar dari tidurku lalu kuperhatikan jam henset sambil mengosok-gosok mata yang tak gatal..1.25 petang!eh, aku kat bilik lagi lah..dah lewat nak gi solat jumaat ni...aaaaaa.....


MAKLUMAN: KISAH INI ADALAH BENAR BELAKA DAN BERLAKU DALAM MIMPI PENULIS KETIKA SHORT SEM LEPAS. SEGALA WATAK ADALAH KHAYALAN DALAM MIMPI PENULIS DAN PENULIS TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU SEBARANG PERSAMAAN DENGAN MIMPI SESIAPA PUN.

1 comment: