Saturday, July 18, 2009
Caya lah Malaysia!
Buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara kita skuad Malaysia hampir berjaya mengikat pasukan juara dunia Manchester United dalam aksi yang seimbang petang 18 Julai 2009. Berakhir dengan keputusan memihak Man utd menang 3-2 tapi pujian harus diberikan kepada pasukan negara yang cuba menyeimbangkan kekuatan pasukan lawan yang sebenarnya beberapa kali lebih kuat.
Melihatkan persembahan United keseluruhannya mereka tidak memperlihatkan keseluruhan kualiti permainan mereka memandangkan ini adalah exhibition match yang lebih mementingkan pemain United mengekalkan tahap kecergasan dan tidak terlibat dengan kecederaan. Gol kemenangan oleh Michael Owen amat penting kerana ini adalah gol pertama yang dijaringkan oleh Owen sejak menyertai Man utd secara percuma dari Newcastle pada musim panas ini.
Manakala bagi Malaysia kekalahan tipis ini adalah kemenangan moral untuk mereka sebagai pemangkin semangat buat menghadapi pertandingan akan datang seperti Sukan Sea dan lain-lain. Buat penyokong Malaysia, ini hanyalah perlawanan pertunjukan ok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment