Wednesday, November 18, 2009

Latest..

Dah lame tak update blog ni..keje update kat facebook je. Akhirnya hari ini selepas berakhirnya final exam untuk final sem insyaAllah aku berjaya mengadap blogku yang penuh dengan sawang labah-labah ni..hehe.

1. Adapun Pasukan bolasepak Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan baru-baru ni. Tapi aku lebih tertarik kepada perlawanan di antara Chelsea dan Manchester United yang tidak melibatkan sebarang upacara membaling mercun dan botol air tapi sebaliknya terdapat kelibat seorang insan yang sedang asyik memberus gigi sambil menonton perlawanan itu..haha..

2. Beberapa minggu ni,kawan-kawan sekolah ramai yang muncul di alam maya (bukan Maya pelakon eh) dengan kemajuan teknologi yang ada seperti Facebook dan lain-lain..Cuba bayangkan time Jepun serang Tanah Melayu dulu, kalau wujud benda-benda ni confirm time tentera jepun still ade kat Kota Bharu tu, kawan-kawan kat sana dah post kat facebook macam ni:"wei jage2 kawan2 askar nippon tengah selongkar rumah aku ni..cepat sembunyi!" (effect addict facebook)

3. Cuba anda bayangkan kalau tiba-tiba pasukan bola sepak negara kita berjaya layak ke pusingan akhir Piala Dunia atau World Cup 2010 di Afrika Selatan, pastinya pasukan negara lain takut nak lawan dengan pasukan negara kita..Sebab? Penyokong Malaysia pastinya dibekalkan dengan mercun bagi menyemarakkan lagi World Cup tu..(bukannya pasukan kita power giler..err Malaysia layak ke final?hehe)

4. Dan ini adalah senarai pasukan yang telah layak ke World Cup tahun depan..Dan Malaysia baru je kalah dengan Uzbekistan 1-3.

Hosts

  • South Africa

African Qualifying Group

  • Ghana
  • Ivory Coast
  • Algeria
  • Cameroon
  • Nigeria

Asian Qualifying Group

  • Japan
  • Australia
  • South Korea
  • North Korea

European Qualifying Group

  • England
  • Netherlands
  • Spain
  • Serbia
  • Italy
  • Denmark
  • Germany
  • France
  • Greece
  • Portugal
  • Slovakia
  • Slovenia
  • Switzerland

South American Qualifying Group

  • Brazil
  • Paraguay
  • Chile
  • Argentina
  • Uruguay

North and Central America Qualifying Group

  • United States
  • Mexico
  • Honduras
nampak tak North Korea juga layak World Cup?wah ni negara komunis kot..

5. Eh, tadi aku tengok Muzik-Muzik separuh akhir kat tv. Dan ramai penyanyi yang (tersasul atau memang saje kot) time ucapan pasal dah layak ke final ajl, mengucapkan terima kasih kepada Allah. err...

6. France dah layak final World Cup tahun depan tapi timbul kontroversi pasal penggunaan tangan dalam bola sepak bagi seorang striker untuk menjaringkan gol. Dalam hal ini ianya lebih kurang kes Maradona dulu..Thierry Henry sendiri mengaku salah die tak makan rasuah tapi hanya menggunakan tangan saja bagi memastikan negaranya layak.

"I have said at the time and I will say again that yes I handled the ball. I am not a cheat and never have been.

"It was an instinctive reaction to a ball that was coming extremely fast in a crowded penalty area.

Adakah pemain bola Malaysia berani bermain bola pakai tangan? Yang pastinya kalau rasuah tu Malaysia Boleh!

7. Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)..

Saje je nak kait ayat ni dengan kes Sarah dalam Nur Kasih..ambik suka sangat fitnah orang sekali kantoi tak dapat dah nak cover..buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali dan banyak kali..nak tau ape jadi dengan Sarah?tengok la kat blog Jali..